Sunday 28 August 2011

Pengambilan Pelajar bagi sesi 2011-1(Daftar segera)


JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

PENGAMBILAN PERANTIS/PELAJAR PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) KHAS DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH SESI PENGAMBILAN 1/2011.

KOD PROGRAM : AF-030-2 – JURUTEKNIK RENDAH AKUAKULTUR
                                                             ( BIDANG PERIKANAN)

  1. Pendaftaran sekarang untuk pengambilan:

-         Pada 05 September 2011
-         Umur 16 hingga 35 tahun
-         Kelulusan UPSR/PMR(SRP) atau tidak menamatkan 11 tahun persekolahan.

  1. Tempoh Pengajian selama 6 bulan

  1. Elaun bulanan sebanyak RM 300.00 (dibiayai oleh Kementerian Sumber Manusia)

  1. Sijil akan dikeluarkan  oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf oleh JPA.

      5.  Syarat Pendaftaran:

                 -  Lelaki dan Perempuan
                 -  Tidak terlibat dengan gejala dadah
                 -  Sijil fotostat ( berhenti sekolah, UPSR,PMR/SRP )   
                 -  4 keping gambar berukuran pasport dengan CD gambar.
                        -  Akaun Bank (CIMB)
                         -  Pendaftaran ( untuk bayaran peperiksaan dan Insuran Kelompok )
             -  Pelajar perlu mengisi dan menandatangani borang Perjanjian Sistem Latihan    
                 Dual  Nasional Program Perantisan SLDN Khas RMKe-10 (di sediakan di  
                 tempat  latihan).

6.   Sila hubungi untuk pendaftaran:

- En. Mohd Afandi Bin Mahamad ( 012-9545538 )- Semerak Jaya Agrotech
- En. Muhamad Jusoh Bin Abdullah ( 012-9605064 )- MJS Setia Jaya   Enterprise.


Wednesday 13 July 2011

Jangan ponteng Jumaat..Boss!!!..kerja mahu happyyyyyyyyy!!!


Amiiiinnnnnnnnnn,
"Alkisah... .. Seorang lelaki muslim ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya
ia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia terlanggar dengan seekor HARIMAU yang  sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.
Dia pula  tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan  KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak  boleh bergerak lagi. Doa lelaki  tersebut,
"Ya Allah,  ""Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini . Ampunilah aku ya Allah.. makbulkan  hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman ..  tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit ..... HARIMAU tersebut pun
berdoa,
"Allahumma barik lana,  fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "
Lazattttnya!!!!!!!!!!wauuu!!!

Rezeki pelanggan sediada

Para pelanggan yang dihormati, sepanjang bulan Julai ini, pihak syarikat akan memberi potongan 50% untuk pelanggan sediada sekiranya membeli benih ikan keli ditempat kami. Bagi pelanggan baru hanya 10% sahaja.





Harga benih keli:

bersaiz:-
 1 inci hanya 1.2 sen (harga lama 2.4 sen)
 2 inci hanya 5 sen   (harga lama 10 sen)
 3 inci hanya 7 sen   (harga lama 14 sen)

Harga tersebut hanya untuk belian 3,000 ekor keatas dan tidak termasuk kos penghantaran (ambil sendiri sahaja.).

Thursday 30 June 2011

Semerak Jaya Agrotech

Selamat Datang ke laman kami......

Semerak Jaya Agrotech adalah sebuah Pusat pembenihan, borong, runcit
dan
Pusat Latihan Jabatan Pembangunan  Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.




Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila berhubung dengan saya. 

Segala maklumat tentang Semerak Jaya Agrotech berada di bahagian Pemilik. Terima Kasih.